AZKA Channel

Thursday 15 January 2015

Ubat Psikotropik : Bom Masa yang Merbahaya

Artikel ini diterjemahkan dari:
American Free Press, 6 Januari 2014
Karya Peter Breggin, Doktor Psikiatri

"Semua jenis ubat-ubatan psikiatri menyebabkan reaksi sampingan yang serius dan berbahaya, dan sekali lagi, adalah bijak dan paling selamat untuk menganggap bahawa mana-mana ubat psikotropik boleh menyebabkan kesan sampingan. Sementara itu, tiada bukti yang nyata atau meyakinkan bahawa mana-mana ubatan psikiatri adalah baik untuk rawatan jangka masa panjang . Preskripsi ubat psikotropik untuk berbulan-bulan atau tahun tidak mempunyai sebarang asas sains. Oleh itu, kadar risiko berbanding manfaatnya sangat berat kepada risiko. "

"Semua kelas ubat-ubatan psikiatri boleh menyebabkan kerosakan otak dan ketidak-fungsi mental yang berkekalan jika digunakan untuk beberapa bulan atau tahun" - Dr. Peter Breggin

Ubat-ubatan psikiatri adalah lebih berbahaya daripada apa yang pernah anda bayangkan. Jika anda belum dipreskripsikan satu, anda adalah antara beberapa orang yang bertuah. Jika anda atau orang yang dikasihi mengambil ubat-ubatan psikiatri, anda masih ada harapan untuk pulih, tetapi anda perlu memahami bahaya dan bagaimana untuk mengurangkan risiko ubatan ini.

Kesan ubat anti-psikotik terutamanya bagi dua golongan ini iaitu orang tua dan mereka yang baru menggunakannya, telah banyak ditunjukkan dalam kajian terhadap otak manusia melalui brains scan dan ujian bedah haiwan, didakwa menyebabkan pengecutan (atrofi) otak. Penemuan yang lebih baru ubatan "atipikal" menyebabkan sindrom metabolik, termasuk meningkatkan tekanan darah, kencing manis, kolesterol, obesiti dan tekanan darah tinggi. Ubatan psikiatri juga boleh mengakibatkan ritma jantung yang tidak normal dan kematian secara mendadak yang tidak dapat dijelaskan, apatah lagi memendekkan umur anda. Di samping itu, ubatan psikotropik yang terbaru tidak mempunyai kesan sampingan yang lebih kurang berbanding ubatan jenis lama, seperti Thorazine dan Haldol, antara kesan sampingan ini ialah tardive dyskinesia dan sakit dalam pergerakan yang sebahagian besarnya kekal dan kadang-kadang melumpuhkan individu disebabkan oleh kerosakan otak dan gangguan biokimia.

Walaupun diketahui umum akan risiko besar ubatan psikotropik, versi ubatan psikiatri yang lebih baru kini tampil dengan banyaknya sehingga ada yang digunakan tanpa label untuk merawat keadaan keresahan, kemurungan, insomnia dan ADHD. Dua ubatan yang lebih lama, Reglan dan Compazine, digunakan untuk masalah perut dan usus, walaupun diambil dalam dos yang rendah atau digunakan pada jangka masa pendek, ia diketahui boleh menyebabkan masalah, termasuk tardive dyskinesia.

Pada masa kini, ramai pesakit diberi ubat untuk insomnia tanpa diberitahu bahawa mereka sebenarnya bakal menerima kesan sampingan yang sangat berbahaya daripada ubatan psikiatri. Ini boleh berlaku dengan mana-mana ubat psikotropik, tetapi yang paling kerap berlaku adalah pada ubatan SEROQUEL, Abilify dan Zyprexa. Pesakit akan secara tidak sengaja terdedah kepada semua bahaya ubat psikotropik.

Ubat psikiatri iaitu Benzodiazepine (benzos), biasa diberikan sebagai ubat anti-keresahan dan alat bantu tidur, kurang daya ingatan dan untuk merawat disfungsi mental yang lain mempunyai kesan sampingan yang merbahaya. Kajian terhadap manusia menunjukkan bahawa ubat ini sering membawa komplikasi kepada pengecutan otak dan demensia selepas subjek didedahkan dalam jangka masa panjang. Selepas mengalami kesan sampingan, individu terdedah kepada ubat-ubatan ini juga mengalami masalah yang berterusan termasuk pelbagai masalah memori dan disfungsi kognitif, ketidakstabilan emosi, keresahan, insomnia dan ketidakselesaan otot dan saraf.

Kebanyakan subjek kerana mengalami simptom yang semakin teruk dan insomnia, ramai dari mereka yang tidak boleh berhenti dari mengambil ubatan ini (mereka bergantung dan kekal menerima rawatan yang sama). Ini kerap berlaku selepas hanya enam minggu subjek didedahkan pada ubatan psikiatri. Mana-mana ubatan yang bercirikan benzo boleh dipreskripsikan sebagai ubat bantuan tidur, tetapi Dalmane, Doral, Halcion, ProSom dan Restoril turut dipasarkan bagi tujuan yang sama.

Ubatan bukan berasaskan benzo seperti Gaut, Intermezzo, Lunesta dan Sonata, menimbulkan masalah yang serupa iaitu lemah daya ingatan dan masalah mental yang lain, serta pergantungan pesakit kepada ubat yang teruk dan menyakitkan. Psikiatri boleh menyebabkan banyak negara diselubungi tingkah laku mental yang tidak normal, termasuk sleepwalking yang merbahaya.

Data yang terhad tetap ada berkenaan samada ubat tidak berasaskan benzo menyebabkan individu yang mengalami pengecutan otak dan nyanyuk, tetapi keputusan ini adalah tertakluk samada ubat bukan benzos mempunyai fungsi yang sama dengan ubatan benzos. Kajian terkini menunjukkan bahawa ubat-ubatan ini meningkatkan kadar kematian, meragut sehingga bertahun-tahun kehidupan pesakit, walaupun ianya digunakan secara bersela untuk tujuan bantuan tidur.

Sekarang adalah masa dimana manusia dirundung tragedi yang besar apabila kanak-kanak dan orang dewasa didedahkan dengan pelbagai ubatan psikiatri untuk tempoh masa yang panjang.

Semua kelas ubatan psikiatri boleh mengakibatkan kerosakan otak dan disfungsi mental yang berkekalan sekirannya digunakan sehingga bertahun-tahun dan berbulan-bulan. Walaupun data penyelidikan sangat sedikit untuk beberapa ubatan psikotropik, adalah wajar , dari menunggu ubatan ini untuk diluluskan, adalah satu jalan yang berhemat dan selamat untuk menganggap bahawa risiko kerosakan otak dan disfungsi mental tetap berlaku bagi pengambilan ubatan psikiatri. Tambahan pula, semua jenis ubatan psikiatri bakal menyebabkan reaksi sampingan apabila tidak diambil yang serius dan berbahaya, dan sekali lagi, ia adalah bijak dan paling selamat untuk menganggap bahawa  mana-mana ubatan psikotropik boleh menyebabkan masalah kesan sampingan yang teruk.

Sementara itu, tidak ada bukti yang nyata atau meyakinkan bahawa mana-mana ubatan psikotropik adalah berguna pada jangka masa panjang. Rawatan ubatan Psikiatri untuk berbulan-bulan atau bertahun-tahun tidak mempunyai asas sains. Oleh itu, nisbah risiko berbanding manfaat adalah sangat berat ke arah risiko.

Penyelesaian paling selamat adalah untuk mengelak dari mula mengambil ubat psikiatri. Sekarang adalah masa untuk kembali kepada pendekatan psikologi, sosial dan pendidikan untuk mengatasi penderitaan emosi dan keruntuhan moral.

Penulis artikel ini adalah Peter R. Breggin, MD, seorang pakar psikiatri disebuah institusi swasta di Ithaca, New York, beliau digelar "Kesedaran Psikiatri" untuk beberapa dekad, hasil daripada usaha yang berjaya untuk mereformasikan bidang kesihatan mental. Usaha saintifik dan pendidikan beliau telah menjadi asas kepada kritikan moden ubat-ubatan psikiatri dan ECT, dan beliau berada di hadapan dalam mempromosikan terapi yang lebih humanistik dan berkesan. Beliau telah mengarang berpuluh-puluh artikel saintifik dan lebih daripada 20 buah buku.

2 comments:

  1. Saya 2 tahun guna ubt pskitri adakah bahaya..betul ke karangan ini

    ReplyDelete
  2. Ubat Psikiatri terbukti merbahaya. Saya yakin medikasi yang diberikan kepada anda menyebabkan kesan sampingan yang boleh mengganggu kualiti kehidupan seharian.

    ReplyDelete