AZKA Channel

Thursday 24 December 2015

Muzium : Psychiatry Industry of Death dibuka kepada masyarakat umum

Testimoni mereka yang pernah mengunjungi Muzium: Psychiatry Industry of Death,
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Penerangan lanjut tentang Muzium: Psychiatry Industry of Death,
 
 
 
 
 
 
 
________________________________________
 
CCHR
 
Muzium The Industry of Death terletak di:
 
Citizens Commission on Human Rights
6616 Sunset Blvd
Los Angeles, California 90028
 
Kemasukan adalah percuma.
 
Waktu beroperasi: Isnin - Jumaat (10 a.m. hingga 10 p.m.)
Sabtu dan Ahad (10 a.m. hingga 6 p.m.)
 
Bawa bersama sahabat-handai, ahli keluarga, dan sesiapa sahaja yang berhak mendapatkan maklumat sebenar tentang anasir psikiatri. Lawatan secara berkumpulan adalah dialu-alukan. Untuk menempah lawatan, sila hubungi Pengurus Muzium di talian 1-800-869-2247. 
 

Saturday 5 September 2015

Temuramah bersama Doktor Psikiatri, Colin A. Ross MD

 


Video 1
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Video 2
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Video 3
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Video 4
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Video 5
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Video 6
 
 
 
 
 
 
 
 
Video 7
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Video 8
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Video 9
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Video 10
 
 
 
 
 
 

Friday 21 August 2015

Pemahaman tentang Keganasan dan Psikiatri

Anti-psikiatri dan legasinya : Diskusi Panel



Sesi 1






Sesi 2





Komentar Micheal Moore berkenaan Ubatan Psikiatri












Antara Koleksi Diskusi Bersama Prof. Emeritus Thomas Szazs (Psikiatri)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dapatkan Hak anda Semula dari Belenggu Psikiatri

 
 
 

Antara Icon tersohor di Dunia yang menentang Kekejaman Psikiatri

Ron Paul's Bill - The Parental Consent Act 2011
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Ron Paul, (Former U.S. Congressman)
 
 
 
 
 
 
 
 
Apa kata Tom Cruise tentang Psikiatri?, 'Today' Show, 2005
 
 
 
 
 Thomas Szasz, Professor of Psychiatry Emeritus, co-founder of CCHR & Penulis 35 buah buku yang mengkritik profesion psikiatri
 
 
 
 
 
 
 
 

















 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

Pengalaman Peribadi di Asylum Malaysia


Monday 17 August 2015

Katakan Tidak pada Psikiatri

Hayati mesej yang cuba disampaikan dari dokumentari
"Eleventh Hour : We're not Mad, We're Angry":-
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Apa tunggu lagi, teruskan usaha anda untuk membongkar secara meluas tentang bahaya psikiatri kepada kehidupan masyarakat, dalam memastikan anda mendapat nikmat hidup yang sejahtera. Video seterusnya memaparkan satu usaha yang sedang giat dijalankan oleh "The Foundation for a Drug-Free World" bagi memastikan dunia yang selamat kepada generasi akan datang. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
"Jauhi ubatan psikotropik yang boleh membahayakan nyawa anda"

Thursday 13 August 2015

Mangsa Psikiatri Seterusnya

 
Kita semestinya tidak mahu melihat generasi akan datang kebanyakannya menghuni di pusat-pusat jagaan apabila dewasa nanti. Lebih teruk lagi, apabila mereka mungkin di institusikan seumur hidup kerana kepalsuan diagnosis yang diberikan pengamal psikiatri di hospital. Cuba selesaikan masalah keluarga anda secara rasional tanpa melibatkan pihak ketiga. Komunikasi yang berterusan adalah langkah terbaik disamping gaya hidup yang positif. Budaya menyalahkan individu lain kerana perbezaan idealogi adalah tidak matang. Sehingga kini tiada satu pun bukti konkrit yang dapat mengesahkan bahawa penyakit mental adalah relevan seperti penyakit-penyakit fizikal yang lain.  
 
Dokumentari : Drugging of Our Children
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Contoh Iklan CCHR mengenai bahaya Psikiatri kepada kanak-kanak:-
 
 
 
 
 
 
 
 
Psikiatri memberikan label yang tidak benar kepada anak anda,
 
 
 
 
 
 
 
 Psikiatri tidak akan bertahan lama dalam masyarakat moden kerana,
"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga". 

Tuesday 21 April 2015

Buat Pilihan yang Tepat

Kejayaan hidup yang bebas dari belengu Psikiatri adalah satu yang tidak mustahil.









Ubatan Psikiatri lebih bahaya dari apa yang anda sangka.








Sistem diagnosis yang digunakan Psikiatri tidak logik.









Kebenaran tentang psikiatri dari mulut pakar.










Tuesday 10 February 2015

Dokumentari-dokumentari yang membuktikan Psikiatri adalah satu jenayah

Dokumentari : Diagnostic & Statistical Manual: Psychiatry's Deadliest Scam








Dokumentari : How Psychiatric Drugs Can Kill Your Child








Dokumentari: Prescription of Violence








Dokumentari: Making a Killing, The Untold Story of Psychotropic Drugging








Dokumentari: Psychiatry an Industry of Death








Dokumentari: The Marketing of Madness, The Truth about Psychotropic Drugs








Dokumentari: The Age of Fear, Psychiatry Reign of Terror








Dokumentari: Psychiatry in The Military, The Hidden Enemy









Thursday 15 January 2015

Ubat Psikotropik : Bom Masa yang Merbahaya

Artikel ini diterjemahkan dari:
American Free Press, 6 Januari 2014
Karya Peter Breggin, Doktor Psikiatri

"Semua jenis ubat-ubatan psikiatri menyebabkan reaksi sampingan yang serius dan berbahaya, dan sekali lagi, adalah bijak dan paling selamat untuk menganggap bahawa mana-mana ubat psikotropik boleh menyebabkan kesan sampingan. Sementara itu, tiada bukti yang nyata atau meyakinkan bahawa mana-mana ubatan psikiatri adalah baik untuk rawatan jangka masa panjang . Preskripsi ubat psikotropik untuk berbulan-bulan atau tahun tidak mempunyai sebarang asas sains. Oleh itu, kadar risiko berbanding manfaatnya sangat berat kepada risiko. "

"Semua kelas ubat-ubatan psikiatri boleh menyebabkan kerosakan otak dan ketidak-fungsi mental yang berkekalan jika digunakan untuk beberapa bulan atau tahun" - Dr. Peter Breggin

Ubat-ubatan psikiatri adalah lebih berbahaya daripada apa yang pernah anda bayangkan. Jika anda belum dipreskripsikan satu, anda adalah antara beberapa orang yang bertuah. Jika anda atau orang yang dikasihi mengambil ubat-ubatan psikiatri, anda masih ada harapan untuk pulih, tetapi anda perlu memahami bahaya dan bagaimana untuk mengurangkan risiko ubatan ini.

Kesan ubat anti-psikotik terutamanya bagi dua golongan ini iaitu orang tua dan mereka yang baru menggunakannya, telah banyak ditunjukkan dalam kajian terhadap otak manusia melalui brains scan dan ujian bedah haiwan, didakwa menyebabkan pengecutan (atrofi) otak. Penemuan yang lebih baru ubatan "atipikal" menyebabkan sindrom metabolik, termasuk meningkatkan tekanan darah, kencing manis, kolesterol, obesiti dan tekanan darah tinggi. Ubatan psikiatri juga boleh mengakibatkan ritma jantung yang tidak normal dan kematian secara mendadak yang tidak dapat dijelaskan, apatah lagi memendekkan umur anda. Di samping itu, ubatan psikotropik yang terbaru tidak mempunyai kesan sampingan yang lebih kurang berbanding ubatan jenis lama, seperti Thorazine dan Haldol, antara kesan sampingan ini ialah tardive dyskinesia dan sakit dalam pergerakan yang sebahagian besarnya kekal dan kadang-kadang melumpuhkan individu disebabkan oleh kerosakan otak dan gangguan biokimia.

Walaupun diketahui umum akan risiko besar ubatan psikotropik, versi ubatan psikiatri yang lebih baru kini tampil dengan banyaknya sehingga ada yang digunakan tanpa label untuk merawat keadaan keresahan, kemurungan, insomnia dan ADHD. Dua ubatan yang lebih lama, Reglan dan Compazine, digunakan untuk masalah perut dan usus, walaupun diambil dalam dos yang rendah atau digunakan pada jangka masa pendek, ia diketahui boleh menyebabkan masalah, termasuk tardive dyskinesia.

Pada masa kini, ramai pesakit diberi ubat untuk insomnia tanpa diberitahu bahawa mereka sebenarnya bakal menerima kesan sampingan yang sangat berbahaya daripada ubatan psikiatri. Ini boleh berlaku dengan mana-mana ubat psikotropik, tetapi yang paling kerap berlaku adalah pada ubatan SEROQUEL, Abilify dan Zyprexa. Pesakit akan secara tidak sengaja terdedah kepada semua bahaya ubat psikotropik.

Ubat psikiatri iaitu Benzodiazepine (benzos), biasa diberikan sebagai ubat anti-keresahan dan alat bantu tidur, kurang daya ingatan dan untuk merawat disfungsi mental yang lain mempunyai kesan sampingan yang merbahaya. Kajian terhadap manusia menunjukkan bahawa ubat ini sering membawa komplikasi kepada pengecutan otak dan demensia selepas subjek didedahkan dalam jangka masa panjang. Selepas mengalami kesan sampingan, individu terdedah kepada ubat-ubatan ini juga mengalami masalah yang berterusan termasuk pelbagai masalah memori dan disfungsi kognitif, ketidakstabilan emosi, keresahan, insomnia dan ketidakselesaan otot dan saraf.

Kebanyakan subjek kerana mengalami simptom yang semakin teruk dan insomnia, ramai dari mereka yang tidak boleh berhenti dari mengambil ubatan ini (mereka bergantung dan kekal menerima rawatan yang sama). Ini kerap berlaku selepas hanya enam minggu subjek didedahkan pada ubatan psikiatri. Mana-mana ubatan yang bercirikan benzo boleh dipreskripsikan sebagai ubat bantuan tidur, tetapi Dalmane, Doral, Halcion, ProSom dan Restoril turut dipasarkan bagi tujuan yang sama.

Ubatan bukan berasaskan benzo seperti Gaut, Intermezzo, Lunesta dan Sonata, menimbulkan masalah yang serupa iaitu lemah daya ingatan dan masalah mental yang lain, serta pergantungan pesakit kepada ubat yang teruk dan menyakitkan. Psikiatri boleh menyebabkan banyak negara diselubungi tingkah laku mental yang tidak normal, termasuk sleepwalking yang merbahaya.

Data yang terhad tetap ada berkenaan samada ubat tidak berasaskan benzo menyebabkan individu yang mengalami pengecutan otak dan nyanyuk, tetapi keputusan ini adalah tertakluk samada ubat bukan benzos mempunyai fungsi yang sama dengan ubatan benzos. Kajian terkini menunjukkan bahawa ubat-ubatan ini meningkatkan kadar kematian, meragut sehingga bertahun-tahun kehidupan pesakit, walaupun ianya digunakan secara bersela untuk tujuan bantuan tidur.

Sekarang adalah masa dimana manusia dirundung tragedi yang besar apabila kanak-kanak dan orang dewasa didedahkan dengan pelbagai ubatan psikiatri untuk tempoh masa yang panjang.

Semua kelas ubatan psikiatri boleh mengakibatkan kerosakan otak dan disfungsi mental yang berkekalan sekirannya digunakan sehingga bertahun-tahun dan berbulan-bulan. Walaupun data penyelidikan sangat sedikit untuk beberapa ubatan psikotropik, adalah wajar , dari menunggu ubatan ini untuk diluluskan, adalah satu jalan yang berhemat dan selamat untuk menganggap bahawa risiko kerosakan otak dan disfungsi mental tetap berlaku bagi pengambilan ubatan psikiatri. Tambahan pula, semua jenis ubatan psikiatri bakal menyebabkan reaksi sampingan apabila tidak diambil yang serius dan berbahaya, dan sekali lagi, ia adalah bijak dan paling selamat untuk menganggap bahawa  mana-mana ubatan psikotropik boleh menyebabkan masalah kesan sampingan yang teruk.

Sementara itu, tidak ada bukti yang nyata atau meyakinkan bahawa mana-mana ubatan psikotropik adalah berguna pada jangka masa panjang. Rawatan ubatan Psikiatri untuk berbulan-bulan atau bertahun-tahun tidak mempunyai asas sains. Oleh itu, nisbah risiko berbanding manfaat adalah sangat berat ke arah risiko.

Penyelesaian paling selamat adalah untuk mengelak dari mula mengambil ubat psikiatri. Sekarang adalah masa untuk kembali kepada pendekatan psikologi, sosial dan pendidikan untuk mengatasi penderitaan emosi dan keruntuhan moral.

Penulis artikel ini adalah Peter R. Breggin, MD, seorang pakar psikiatri disebuah institusi swasta di Ithaca, New York, beliau digelar "Kesedaran Psikiatri" untuk beberapa dekad, hasil daripada usaha yang berjaya untuk mereformasikan bidang kesihatan mental. Usaha saintifik dan pendidikan beliau telah menjadi asas kepada kritikan moden ubat-ubatan psikiatri dan ECT, dan beliau berada di hadapan dalam mempromosikan terapi yang lebih humanistik dan berkesan. Beliau telah mengarang berpuluh-puluh artikel saintifik dan lebih daripada 20 buah buku.

Monday 5 January 2015

Tiada Sebarang Ujian Saintifik Bagi Membuktikan Kewujudan Penyakit Mental. Diagnosis Psikiatri Hanya Berdasarkan Pendapat.

Setakat ini, tidak ada ujian perubatan yang khusus bagi sebarang bentuk penyakit mental . Industri psikiatri / farmaseutikal telah membelanjakan berbilion ringgit setahun untuk meyakinkan orang ramai, pihak kerajaan dan media bahawa penyakit psikiatri seperti Bi-Polar Disorder, Kemurungan , Attention Deficit Disorder (ADD / ADHD ) , Post Traumatic Stress Disorder, dan lain-lain , adalah penyakit yang diiktiraf secara perubatan dan setanding dengan keadaan perubatan yang lain, yang boleh disahkan melalui ujian klinikal seperti kanser , kencing manis dan penyakit jantung .

Tidak seperti penyakit klinikal yang lain, tiada sebarang kajian saintifik bagi mengesahkan diagnosis mana-mana jenis penyakit psikiatri sebagai tidak normal. Walaupun telah berdekad-dekad cuba untuk membuktikan penyakit mental adalah keadaan tidak normal biologi otak, atau disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia atau faktor genetik , doktor psikiatri telah gagal membuktikan tiada satu jenis penyakit mental pun yang disebabkan oleh kerosakan atau ketidak seimbangan bahan kimia di dalam otak . Tiada langsung penyakit yang berdaftar atas nama psikiatri yang boleh disahkan secara klinikal dan boleh dikategorikan sebagai tidak normal atau penyakit fizikal.

Tiada ujian perubatan, malahan " brains scan " yang telah diwarwarkan sebagai dapat membuktikan bahawa skizofrenia atau kemurungan adalah penyakit dalam otak , telah gagal dalam kajian menyeluruh yang sebenar. Kebanyakan ujian-ujian yang dihebohkan selama ini tidak dilakukan pada pesakit yang tidak mengambil mana-mana ubatan psikotropik dan didakwa menyebabkan pengecutan saiz otak.

Dalam ujian lain, "brains scan" menunjukkan saiz otak kanak-kanak lebih muda mempunyai otak yang lebih kecil berbanding dengan saiz otak kanak-kanak yang lebih dewasa, hasilnya kanak-kanak yang menghidap ADHD didakwa mempunyai saiz otak yang kecil. Tiada langsung senarai penyakit mental yang dapat dibuktikan secara saintifik sebagai gangguan mental dan tidak normal pada waktu ini.

Jika terdapat "brains scan" yang disahkan, atau apa-apa ujian perubatan / saintifik yang boleh menunjukkan keabnormalan fizikal atau perubatan bagi apa-apa masalah psikiatri , orang ramai sepatutnya akan mendapat ujian itu terlebih dahulu sebelum disuruh mengambil ubatan psikiatri.

Tiada ujian klinikal dan ini adalah satu fakta : Tiada ujian genetik , "Brains scan" , ujian darah , ujian ketidakseimbangan kimia atau X -ray yang saintifik boleh membuktikan dakwaan bahawa mana-mana penyakit psikiatri adalah diiktiraf secara saintifik dan merupakan suatu keadaan klinikal yang sebenar. Penyakit sebenar sepatutnya dijumpai di makmal dan bukannya hasil undian golongan minoriti yang tidak berasas.

Saturday 3 January 2015

APAKAH ITU SURUHANJAYA AWAM HAK ASASI MANUSIA (CCHR)?

Suruhanjaya Awam Hak Asasi Manusia ( CCHR ) adalah sebuah badan pemantau kesihatan mental tanpa kepentingan peribadi , yang bertanggungjawab untuk membantu menggubal lebih daripada 150 undang-undang yang melindungi individu daripada amalan kesat atau paksaan oleh psikiatri. CCHR telah lama berjuang untuk mengembalikan hak-hak asasi manusia yang tidak boleh diasingkan dari bidang kesihatan mental , termasuk , dan tidak hanya , kesedaran dan pengetahuan penuh mengenai kesahihan perubatan psikiatri , risiko rawatan psikiatri , hak untuk mendapatkan semua alternatif perubatan yang ada dan hak untuk menolak apa-apa rawatan dianggap berbahaya .

CCHR diasaskan bersama pada tahun 1969 oleh Scientology dan Profesor Psikiatri Emeritus Dr. Szasz ketika pesakit-pesakit mental pada waktu itu sedang disimpan di institusi psikiatri dan lebih teruk lagi, dilucutkan semua hak-hak perlembagaan , sivil dan kemanusiaan oleh psikiatri.

Fungsi CCHR semata-mata sebagai badan pemerhati terhadap isu kesihatan mental , bekerjasama dengan ramai profesional perubatan termasuk doktor , saintis , jururawat dan sebilangan pakar psikiatri yang telah mengambil pendirian terhadap model ubat psikotropik yang terus digalakkan oleh industri perubatan dan farmaseutikal melalui psikiatri sebagai cara untuk mengaut keuntungan. Ia adalah sebuah organisasi yang diwujudkan, yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik, mahupun agama atau keuntungan peribadi tetapi adalah bagi membanteras penyalahgunaan institusi mental dan menggubal akta perlindungan pesakit-pesakit mental dan penggunaan ubat psikotropik. Lembaga Penasihat CCHR yang dipanggil Pesuruhjaya , terdiri daripada doktor, saintis , ahli psikologi , peguam undang-undang, pendidik , profesional perniagaan , artis dan wakil hak-hak sivil dan individu umum.

Orang ramai sering bertanya jika CCHR berpendapat bahawa tiada siapa yang perlu mengambil ubat-ubatan psikiatri , tetapi laman web ini tidak khusus kepada pendapat-pendapat sahaja . Ia adalah merangkumi maklumat mengenai kegiatan berbilion dolar industri psiko-farmaseutikal yang dipinggirkan dari pengetahuan umum. Persoalan sebenar isu ini adalah : Adakah individu mempunyai hak untuk memperolehi semua maklumat tentang penyelewengan psikiatri ( A) risiko yang diketahui daripada kesan pengambilan dadah psikotropik, atau rawatan psikiatri yang tidak berat sebelah, dan menutup rekod perubatan pesakit yang menekankan konflik dari situasi sebenar, ( B ) kesahihan diagnosis perubatan yang diberikan doktor psikiatri dan ubat yang diatur , ( C ) semua pilihan terhadap rawatan alternatif ( seperti yang dimaklumkan kepada umum ) dan ( D ) hak untuk menolak sebarang bentuk rawatan yang dianggap berbahaya.

CCHR telah mengembleng tenaga selama lebih daripada empat puluh tahun untuk kesedaran dan pengetahuan penuh masyarakat umum dalam bidang kesihatan mental , dan hak untuk semua maklumat ini yang mengenai diagnosis psikiatri dan rawatannya , bukan hanya maklumat yang datang dari mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dan bukannya membiarkan orang ramai terus dibelengu kejahilan.

Dengan semangat yang berkobar-kobar ini kami membawakan kepada anda dengan video , blog , berita , pakar-pakar perubatan dan maklumat direka untuk melengkapkan anda dengan fakta yang sebenar.

Sebagai sebuah organisasi tidak mempunyai kepentingan peribadi , ia mendapat sokongan melalui usaha orang ramai yang mahu membuktikan bahawa kita mampu untuk meneruskan kempen pendidikan yang positif dalam isu ini .